Sabtu, 24 Juli 2010

PENGHORMATAN TERHADAP IBU

Allah (swt) berfirman yang bermaksud:
"Kami wajibkan manusia berbuat baik kepada kedua ibu bapanya, ibunya yang telah mengandungnya dalam keadaan lemah yang bertambah-tambah (dari awal mengandung hingga akhir menyusunya) dan tempoh menceraikan susunya ialah dalam masa dua tahun, (dengan yang demikian) bersyukurlah kepadaKu dan kepada kedua ibu bapamu, serta kepada Aku jua tempat kembali." (Q.S.Luqman:14)

Seorang lelaki bertanya kepada Rasulallah (saw) siapakah orang yang paling berhak dihormati: Nabi (saw) menjawab: Ibumu! Lelaki itu bertanya lagi, kemudian siapa lagi, Nabi (saw) menjawab: Ibumu! Lelaki itu terus bertanya, kemudian siapa lagi? Nabi (saw) menjawab ibumu! Kemudian siapa lagi? Nabi s.a.w. menjawab pula: Kemudian Bapamu! (Hadis riwayat at-Tirmizi)

Demikian tinggi dan mulianya taraf seorang ibu dari pandangan Islam.

Tidak dapat dinafikan betapa besar tanggung jawab, peranan seorang ibu terhadap keluarga terutama anak-anaknya. Betapa susah payah yang dialami seorang ibu ketika mengandung, dari sebulan kesebulan hingga anak itu dilahirkan. Betapa sakit yang dirasai ibu ketika melahirkan, setelah lahir dengan penuh kasih sayang ia menjaga anak-anaknya, menyusuinya, merawat buah hatinya itu, sehingga ketika tidur si ibu selalu terbangun dengan tangisan bayinya. Banyak masa dihabiskan untuk merawat, menjaga, mendidik, dari kecil hingga anak itu dewasa.

Tak dapat sungguh kita membalas penat lelah dan kasih sayang seorang ibu terhadap anak-anakntya. Siang malam tidur si ibu terganggu oleh tangisan si comel. Betapa besar pengorbanan pengorbanan seorang ibu, tak dapat kita membalasnya

Seorang ibu sanggup mengorbankan apa sahaja demi anak-anaknya yang tercinta, dengan tidak mengharapkan apa-apa balasan. Ibu sanggup berpenat lelah, ibu sanggup tidak lelap tidurnya, karena memberi susu, atau menjaga supaya anaknya tidak jatuh sakit, tidak digigit nyamuk, ibu sentiasa mendo'akan anak-anaknya sehat walfiat dan menjadi anak yang berguna dikemudian hari.

Betapa besar dosa seorang anak yang durhaka tidak mahu mendengar nasihat ibunya, betapa besar dosa seorang anak yang tidak mahu membalas jasa ibunya, terutama ketika ibunya sedang sakit, atau dikala telah lanjut usianya. Sehingga kita selalu mendengar kata-kata ingatan dari orang-orang tua kita: " seorang ibu sanggup menjaga, merawat dan membesarkan sepuluh anak-anaknya, tetapi sepuluh orang anak belum tentu sanggup menjaga seorang ibunya.''

Oleh karena itu sudah sepatutnya kita membalas jasa baik ibu-ibu kita, sekurang-kurangnya hormati lah ibu-ibu kita, muliakanlah ibu-ibu kita, dan jagalah segala kebjikannya terutama ketika mereka memerlukan penjagaan kita dihari tua mereka.

Ustaz Sayed Hasan Alatas

http://www.shiar-islam.com

Tidak ada komentar:

Posting Komentar