Setelah Menolak Islam Selama 23 Tahun Akhirnya Ayah Saya Wafat sebagai Muslim
Abdur
Rahim Green seorang
mualaf menjelaskan bagaimana hari-hari terakhir ayahnya di hospital sebelum dia
akhirnya meninggal dunia.
Green adalah bekas Pengarah Barclays Bank di
Kaherah, dan puteranya Abdur
Rahim Green mencari Islam lebih dari 20 tahun yang lalu, dan
saat ini menjadi tokoh terkenal di kalangan sarjana Muslim dan pensyarah di
Inggeris.
Sebelumnya
Abdur Rahim
berfikir bahwa ayahnya tidak akan memeluk islam, namun kehendak Allah, ayahnya
Green akhirnya masuk Islam
hanya sepuluh hari sebelum ia meninggal.
Mengutip
sebuah hadis Nabi yang berbunyi:
“Semoga
wajahnya digosok dalam debu (semoga dia menjadi terhina) serta masuk neraka
orang yang salah satu orang tuanya sudah mencapai usia tua namun dia tidak
melayani mereka.”
Abdul
Rahim Green kemudian
mengatakan “Itulah sebabnya mengapa saya memutuskan untuk meluangkan masa saya
di sini dengan ibu saya setelah kematian ayah saya.
Kematian
ayah saya adalah sesuatu yang membuat saya sangat bahagia, dan merupakan kisah
luar biasa tentang bagaimana hanya sepuluh hari sebelum ia meninggal, ia
diberkati untuk mengucapkan dua
kalimat Syahadat.
Allah
SWT hanya menyuruh kita untuk berdakwah dan kita tidak boleh mengubah siapa pun
untuk berubah menjadi Islam kecuali dengan izin Allah. Tugas kita adalah untuk
menyampaikan dakwah, untuk menjelaskan kepada orang dengan cara terbaik yang
kita boleh, hidayah hanya ada di tangan Allah SWT.
Saya
tidak pernah berfikir bahawa ayah saya mengucapkan kalimat Syahadah. Ayah saya
adalah seorang ayah yang luar biasa, dia mempunyai personaliti yang luar biasa
dan tidak ada yang boleh menggambarkan dia sebagai orang yang buruk.
Selama
23 tahun, sejak saya menjadi seorang Muslim, saya telah mengajak ayah saya
untuk masuk Islam. Dan saya memutuskan untuk memberikan contoh terbaik saya
yang mungkin boleh menggambarkan Islam sebenarnya, tentang bagaimana Islam
memandang hidup, tentang bagaimana Islam mengajar saya untuk menghormati dia
sebagai orang tua.
Tapi
saya berfikir bahawa ayah saya berfikiran sangat tertutup terhadap Islam, jadi
saya tidak pernah berharap penuh bahawa ia akan menjadi seorang Muslim.
Ayah
saya telah sakit selama beberapa tahun, dan ibu saya berfikir bahawa ia tidak
akan sembuh dari sakitnya. Sebagaimana yang terjadi, beberapa minggu ketika
saya kembali dari Inggeris, saya tiba di hospital dan terus pergi menemui ayah
saya.
Saya
menatapnya dan saya berfikir bahawa ia boleh mati malam ini. Jadi, saya
berfikir, jika saya tidak mengatakan sesuatu tentang Islam, saya tidak akan
memaafkan diri saya sendiri.
Saya
tahu bahawa saya cuba mengajaknya masuk Islam melalui banyak cara. Tapi saya
berfikir bahawa saya perlu membuat usaha terakhir.
Saya
telah menghabiskan masa yang lama memikirkan apa yang boleh saya katakan.
Bagaimana saya boleh mengatakannya? Apa cara yang tepat untuk mendekatinya? Dia
sudah terlalu tenat, jadi saya tidak mahu membuat dia kesusahan, saya tidak mahu
membuat dia menjadi lebih marah.
Sejujurnya
saya takut bahawa ia mungkin mengatakan “Tidak,” dan menolak ajakan saya. Dan
saya bahkan bimbang bahawa jika ia memang mengatakan Syahadah tetapi tidak
masuk ke dalam Islam, kemudian ia sembuh dan pulang ke rumah dan menjadi lebih
angkuh tentang Islam, hal itu lebih menakutkan saya.
Ini
benar-benar hal yang sulit. Setiap mualaf yang mempunyai orang tua yang belum
muslim, mereka pasti mengalami dilema ini seperti yang saya alami.
Namun
janganlah meremehkan kekuatan dari doa, kerana itu maka ketika saya buntu, saya
meminta Allah untuk membantu saya mencari sesuatu untuk dikatakan kepada ayah
saya.
Sumber http://hafizamri.com/hidayah-bapa-dari-seorang-anak-muallaf/
Tidak ada komentar:
Posting Komentar