Rabu, 09 September 2015

Tanda terbaru kiamat terpancar air di bumi Arab





Published on Feb 26, 2014


Keajaiban ini
dikabarkan berlaku pada 22-2-2014 pulul 7:17 pagi waktu Arab
Saudi. Semenanjung Arab bakal muncul tanah paling subur



Anda jangan terkejut suatu hari nanti negeri-negeri yang mana muka buminya
rendah bakal tenggelam ekoran kecairan bongkah ais di kutub utara dan selatan
sekarang.



Ia bakal mengulangi apa yang pernah berlaku pada zaman air batu, di mana padang
pasir gersang di negara-negara Arab ketika zaman tersebut dialiri anak-anak
sungai.



Malah Semenanjung Tanah Arab merupakan kawasan paling subur di dunia pada zaman
air batu.



Dalilnya dirakam dalam al Quran surah Saba' di mana penduduk negeri Saba' hidup
dengan kemewahan kerana buminya begitu subur.



zaman air batu kedua akan kembali semula, prosesnya sedang berlaku sekarang.
Kutub utara mulai mengalami pencairan air batu sekarang. Kawasan utara
Semenanjung Arab juga dikesan mengalami perubahan cuaca di mana kawasan kering
mengalami salji beberapa tahun kebelakangan ini.



"Saintis berpendapat bumi Arab akan dipenuhi kembali dengan anak
sungai"!



penemuan saintifik mengenai Semenanjung Arab selaras dengan Hadis Nabi Muhammad
SAW yang bermaksud "Hari Kiamat tidak akan muncul sebelum bumi Arab sekali
lagi menjadi bumi hijau (subur) dan dipenuhi sungai-sungai".



Negara Belanda akan menerima kesan paling cepat dengan kecairan ais di kutub
utara. Begitu juga negara berpulau seperti Singapura juga bakal berdepan situasi
serupa.



Tabu sekarang menjadi pembekal buah anggur terbaik di Madinah, sedangkan dahulu
merupakan kawasan kering kontang.



Malah Semenanjung Arab juga berjaya menghasilkan gandum jenis terbaik di dunia.



Penyelidikan satelit tentang muka bumi Arab menunjukkan kesan tali air dan
pengairan wujud di bawah timbunan pasir di Yaman.



Begitu juga Bandar Iram ditemui tertimbus di bawah timbunan pasir sedalam 16
meter beberapa tahun lepas.



Al Quran dan sains tidak boleh dipisahkan, malah kitab itu merupakan mujizat
yang diturunkan kepada Rasullah s.a.w..



http://alamcyber.blogspot.com/



Tidak ada komentar:

Posting Komentar